Sunday, February 5, 2023

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA - PENGAWAS SEKOLAH SK NILAI IMPIAN 2023/2024

Badan Pengawas dan Kepimpinan Murid di bawah unit Hal Ehwal Murid,  SK Nilai Impian telah menjalankan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda bagi lantikan Pengawas Sekolah Sesi 2023/2024 pada ketetapan berikut: 

Tarikh: 1 Februari 2023

Hari: Rabu 

Tempat: Dewan Ibnu Battutah 

Bilangan peserta: 40 orang

Pengisian kursus: 

-         -  Makan tengah hari

-          - Solat berjemaah di Surau SK Nilai Impian

 - Slot 1

-           Ice Breaking

-           -Slot 2

-             LDK

- Slot 3

-          Menaikkan dan menurunkan bendera.

-          Membaca teks Perhimpunan Rasmi

-          Membaca Doa

-          Ikrar Murid


Semoga bakal Pengawas Sekolah yang akan dilantik ini akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. 




Thursday, January 12, 2023

PENGOPERASIAN PSS SEKNI UNTUK KEMASUKAN MURID-MURID

 

PSS SK Nilai Impian telah mula beroperasi untuk kemasukan murid-murid untuk membaca buku di dalam Pusat Sumber Sekolah pada 12 Januari 2023. Walaupun masih lagi kekurangan bahan bacaan dan perabot yang masih tidak lengkap, tapi sekurang-kurangnya kemasukan murid-murid ke dalam PSS dapat menceriakan murid-murid dan dapat menyemai tabiat membaca di kalangan murid-murid. 

Pengurusan PSS SK Nilai Impian akan cuba dari masa ke semasa untuk menambah bahan bacaan dan menjadikan PSS pusat penyebaran maklumat serta memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. 











PLC (KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL) PROSES TEKNIK BUKU, PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN

 PSS SK Nilai Impian telah menjalankan PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional) berkaitan Proses Teknik Buku kepada guru-guru SK Nilai Impian untuk memastikan perkongsian ilmu berkaitan kemahiran perpustakaan dapat disampaikan kepada semua guru-guru. 

Program tersebut telah dijalankan pada: 

Tarikh: 11 Januari 2023 

Hari: Rabu 

Masa: 1.00 - 3.00 petang 

Semoga perkongsian yang telah dijalankan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru berkaitan bagaimana buku diproses bermula dengan pembelian sehingga buku dapat diletakkan di rak-rak buku. Perkongsian ini juga adalah sebahagian daripada Literasi Maklumat berkaitan Kemahiran Perpustakaan bagi membolehkan guru-guru dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada murid-murid. 



















Thursday, November 10, 2022

GERAK GEMPUR NILAM

 🌻Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🌻


⚡️Gerak Gempur Nilam⚡️

"KPI 50 Bahan Bacaan Setahun"


📚Untuk makluman semua, Pusat Sumber SK Nilai Impian akan menjalankan Program Gerak Gempur Nilam untuk memastikan semua murid SK Nilai Impian dapat mencapai KPI jumlah bacaan dalam setahun sekurang-kurangnya 50 bahan bacaan. 


📚Tempoh perlaksaan program ini adalah bermula 11.11.2022 sehingga 1.12.2022 

Selepas tempoh tersebut guru-guru akan merekod jumlah bacaan kumulatif murid-murid untuk tahun 2022. 


📚Walaupun SK Nilai Impian baharu sahaja beroperasi pada bulan Julai yang lepas, diharapkan jumlah bacaan Nilam murid dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan iaitu sebanyak 50 bahan bacaan. 


📚Murid-murid yang mengumpul jumlah bacaan yang tertinggi akan diberi hadiah dan pengiktirafan peringkat sekolah nanti.


📚Murid-murid boleh membawa balik fail Nilam untuk merekod bacaan sepanjang tempoh tersebut dan memastikan fail tersebut tidak hilang. 

Murid boleh mencetak sendiri borang Nilam yang dilampirkan atau membeli borang Nilam daripada guru Bahasa BM/BI dengan harga RM1 (5 helai). 

BORANG NILAM MURID

📚Jualan borang Nilam ini bertujuan untuk mendapatkan dana untuk PSS memandangkan PSS masih belum mendapat sebarang peruntukan untuk beroperasi. 


📚Diharap ibu bapa dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk mencapai KPI dalam bacaan Nilam ini. 


📚Semoga SK Nilai Impian dapat cemerlang seiring dengan sekolah-sekolah yang lain. 


#Impian Menjadi Realiti Di SeKNI#




Wednesday, October 26, 2022

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SEKNI 2022

 

“NILAM” atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Ia merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah serta program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.


Majlis Pelancaran Program Nilam telah dijalankan di SK Nilai Impian seperti ketetapan berikut:

      Tarikh: 26 Julai 2022

        Hari: Isnin

        Masa: 7.30 pagi

        Tempat: Dewan Ibnu Battutah, SK Nilai Impian

        Bilangan Peserta: Murid – 222 orang

                                   Guru – 20 orang


     Matlamat Majlis Pelancaran Program NILAM ini dijalankan adalah supaya terbinanya tabiat membaca di kalangan murid-murid secara berterusan bermula dari tahun 1 hingga tahun 6 semasa peringkat sekolah rendah. Secara tidak langsung juga majlis ini dapat memperkenalkan murid-murid dengan pelaksanaan Program Nilam di sekolah  rendah.


       Semoga tabiat membaca dapat diterapkan dan menjadi budaya kepada semua warga SK Nilai Impian. 










Thursday, October 20, 2022

PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN

 



SK Nilai Impian baharu sahaja memulakan pengoperasian untuk kemasukan murid-murid Tahun 1 dan tahun 2 pada 4 Julai 2022. Pusat Sumber SeKNI juga masih belum dapat beroperasi memandangkan belum mendapat bekalan perabot seperti kerusi, meja, rak buku dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, PSS SeKNI masih belum mendapat bekalan buku yang mencukupi untuk membolehkan PSS ini beroperasi untuk peminjaman dan pemulangan buku. Keadaan lantai yang masih belum dipasang jubin juga merupakan salah satu faktor PSS ini masih belum beroperasi. 

Walau bagaimanapun, pentadbiran sekolah dan guru-guru akan tetapkan memastikan nadi utama dalam PSS ini iaitu Program Nilam akan dapat dijalankan sebaiknya untuk memastikan murid-murid SK Nilai Impian ini menjadikan membaca sebagai tabiat dan budaya di SeKNI. Program Galakan Membaca ini juga seiring dengan usaha untuk memastikan murid-murid SK Nilai Impian dapat membaca sepenuhnya. Semoga usaha yang dijalankan dapat membuahkan hasil dan melahirkan murid-murid SK Nilai Impian yang cemerlang. 


Kedudukan Pusat Sumber Sekolah 



Keadaan fizikal Pusat Sumber Sekolah