Wednesday, October 26, 2022

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SEKNI 2022

 

“NILAM” atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Ia merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah serta program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.


Majlis Pelancaran Program Nilam telah dijalankan di SK Nilai Impian seperti ketetapan berikut:

      Tarikh: 26 Julai 2022

        Hari: Isnin

        Masa: 7.30 pagi

        Tempat: Dewan Ibnu Battutah, SK Nilai Impian

        Bilangan Peserta: Murid – 222 orang

                                   Guru – 20 orang


     Matlamat Majlis Pelancaran Program NILAM ini dijalankan adalah supaya terbinanya tabiat membaca di kalangan murid-murid secara berterusan bermula dari tahun 1 hingga tahun 6 semasa peringkat sekolah rendah. Secara tidak langsung juga majlis ini dapat memperkenalkan murid-murid dengan pelaksanaan Program Nilam di sekolah  rendah.


       Semoga tabiat membaca dapat diterapkan dan menjadi budaya kepada semua warga SK Nilai Impian. 










Thursday, October 20, 2022

PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN

 



SK Nilai Impian baharu sahaja memulakan pengoperasian untuk kemasukan murid-murid Tahun 1 dan tahun 2 pada 4 Julai 2022. Pusat Sumber SeKNI juga masih belum dapat beroperasi memandangkan belum mendapat bekalan perabot seperti kerusi, meja, rak buku dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, PSS SeKNI masih belum mendapat bekalan buku yang mencukupi untuk membolehkan PSS ini beroperasi untuk peminjaman dan pemulangan buku. Keadaan lantai yang masih belum dipasang jubin juga merupakan salah satu faktor PSS ini masih belum beroperasi. 

Walau bagaimanapun, pentadbiran sekolah dan guru-guru akan tetapkan memastikan nadi utama dalam PSS ini iaitu Program Nilam akan dapat dijalankan sebaiknya untuk memastikan murid-murid SK Nilai Impian ini menjadikan membaca sebagai tabiat dan budaya di SeKNI. Program Galakan Membaca ini juga seiring dengan usaha untuk memastikan murid-murid SK Nilai Impian dapat membaca sepenuhnya. Semoga usaha yang dijalankan dapat membuahkan hasil dan melahirkan murid-murid SK Nilai Impian yang cemerlang. 


Kedudukan Pusat Sumber Sekolah 



Keadaan fizikal Pusat Sumber Sekolah