Thursday, January 12, 2023

PENGOPERASIAN PSS SEKNI UNTUK KEMASUKAN MURID-MURID

 

PSS SK Nilai Impian telah mula beroperasi untuk kemasukan murid-murid untuk membaca buku di dalam Pusat Sumber Sekolah pada 12 Januari 2023. Walaupun masih lagi kekurangan bahan bacaan dan perabot yang masih tidak lengkap, tapi sekurang-kurangnya kemasukan murid-murid ke dalam PSS dapat menceriakan murid-murid dan dapat menyemai tabiat membaca di kalangan murid-murid. 

Pengurusan PSS SK Nilai Impian akan cuba dari masa ke semasa untuk menambah bahan bacaan dan menjadikan PSS pusat penyebaran maklumat serta memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. 











PLC (KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL) PROSES TEKNIK BUKU, PUSAT SUMBER SK NILAI IMPIAN

 PSS SK Nilai Impian telah menjalankan PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional) berkaitan Proses Teknik Buku kepada guru-guru SK Nilai Impian untuk memastikan perkongsian ilmu berkaitan kemahiran perpustakaan dapat disampaikan kepada semua guru-guru. 

Program tersebut telah dijalankan pada: 

Tarikh: 11 Januari 2023 

Hari: Rabu 

Masa: 1.00 - 3.00 petang 

Semoga perkongsian yang telah dijalankan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru berkaitan bagaimana buku diproses bermula dengan pembelian sehingga buku dapat diletakkan di rak-rak buku. Perkongsian ini juga adalah sebahagian daripada Literasi Maklumat berkaitan Kemahiran Perpustakaan bagi membolehkan guru-guru dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada murid-murid.